Hanya Dengan 1 Klik Sahaja!!!

UiTM Di Hatiku ^^,


Saturday, 12 November 2011

sumberInternetAlQuranDanHadis# La Tahzan (Jangan Bersedih)


Assalamualaikum sume!
hai3!! Amct nak brkongsi sesuatu.. sesuatu yang sgt menarik.. InsyaAllah dgn pengisian dri kndunga post nie, korng bleyh mngambil iktibar dan pengajarn.. jom bce smpai abis meh.. skejap jah.. xlame mane pown.. Hehehe..

Bismillah...
________________________________________________
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan: 
· Menangis kerana terlalu sedih. 
· Menangis kerana terasa hina dan lemah 
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang 
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis 
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis 
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati 
· Menangis kerana rasa takut 
· Menangis kerana cinta 
· Menangis kerana gembira 
· Menangis kerana menghadapi penderitaan. 

Hehe.. agak2, korang byk mlabur air mata kerana ape?

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43) 

Air mata yang ttidak di tuntut: 

· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya. 
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. 
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. 
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. 

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini. 

Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. 

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka." 

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." 


Inilah rahsia disebalik ciptaan Allah iaitu Air Mata.. banyak kelebihan die.. dan byak jgak kekurangan die..

Di sini Amct nak kongsi satu lagi artikel yang boleh bagi semangat tuk tdak bersedih lagi.. berhati2lah dgn titisan air mata anda itu..

Janganlar bersedih, yakinkan diri.. kebahagiaan sedang mnanti anda..                                                                                
1. Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi." 

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan. 

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.


4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut. 

5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.


6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan, dan kesenangan, maka dia harus berdzikir kepada Allah.


7. Hamba harus menyedari bahwa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar. 


8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain. 


9. Persiapkan diri Anda untuk menerima kemungkinan terburuk. 


10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri Anda. 


11. Semua qadha' bagi seorang muslim baik adanya. 


12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah. 


13. Anda dengan semua yang ada pada diri Anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain. 


14. Yakinlah, dari waktu ke waktu selalu saja ada jalan keluar. 


15. Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa. 


16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati. 


17. Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan. 


18. Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh. 


19. Sesungguhnya Rabb itu Maha Luas ampunan-Nya.


Ingat!! apabila kita selalu ingat Allah, Allah akan selalu ingatkan Kite..

Amct nie tgah bosan sebenarnyer.. xde benda nak wat, tu yg tpikir nk kongsikan ilmu skit ttg "jangan bersedih" nie.. nie Ikhlas dri Amct.. Trima kasih lar kerana bce smpai abis.. Amct selalu doakan kesejahteraan para pembaca.. :)

Sadaqallahulazim..

3 comments:

Cik Tetra said...

hamboiiii..da jadi pakar motivasi jugak ni..hehe
btw entry ni sangat best n berinformasi!! suke la..antara 10 tangisan yg din tulis 2..7 tangisan waeda pernah rase..hebat tak?? hahaha

p/s: untunglahh byk gmbar panda dalam ni..comel je.. :) btw very nice entry!! :)

Noor Adibah said...

Nabi Adam menangis sampai 300 tahun?? tak terbayang kita kalau manusia macam kita menangis selama 300 tahun... ish2..

p/s: ehem3.. kenapa banyak gambar panda bergerak2 ni... amboi2...

AMRI OTHMAN said...

wah...panjang berjela...
aku sedih saja2 cmne pulak?