Hanya Dengan 1 Klik Sahaja!!!

UiTM Di Hatiku ^^,


Sunday, 15 April 2012

Program Realiti Versus di TV9

Assalmualaikum sume :D

Dunia hiburan merupakan aspek terpenting bagi setiap individu di muka bumi. Terdapat pelbagai jenis hiburan yang boleh kita kenalpasti. samada hiburan itu datang melalui persekitaran anda, atau melalui saluran tv, radio, majalah dan sebagainya...


TV9 kali ini menerbitkan satu lagi program realti yang diberi nama VERSUS yang menampilkan 5 buah band yang ternama di dunia hiburan sejak dahulu dan kemudian berentap di atas pentas. Band yang berentap adalah Sofazr, Hujan, Black Parallex, Sixth Sense dan Go Gerilla. Program realiti ini akan disiarkan bermula 13 April selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

“Versus merupakan sebuah projek terbesar kami pada tahun ini. Keunikan konsep program realiti ini memperkuatkan lagi kepercayaan kami terhadap Versus. Kekuatan Versus terletak kepada kemampuan dan kebolehan setiap kumpulan untuk menonjolkan kreativiti mereka.

“Semestinya ramai yang teruja untuk mendengar lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu diberi nafas baharu. TV9 juga rasa teruja kerana program ini juga merupakan satu lagi kolaborasi terbesar kami bersama Hot FM,” tutur Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin ketika majlis pelancaran program tersebut di White Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.


Penekanan program ini pada aspek persembahan, komposisi lagu dan kreativiti mereka dalam menyampaikan lagu sedia ada dengan nafas baru. Kemudian aspek vokal dan penyusunan muzik menjadi perkara kedua. 

Menariknya, tiada sebarang penyingkiran akan dilakukan hingga ke akhir program dan pemenang akan dipilih berdasarkan markah tertinggi yang dikumpul sepanjang musim.

Ini kerana dari program ini adalah untuk memberi mereka platform untuk benar-benar mengeluarkan kreativiti mereka.“Setiap minggu, mereka akan diberikan tema yang berlainan dan mereka perlu gubah lagu tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

“Kemudian pada minggu yang sama, dua kumpulan yang mempunyai markah tertinggi akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah mingguan dan juara pula akan menerima hadiah utama bernilai RM200,000,” jelas penerbit eksekutif Versus, Alet Arzuan Anuar. (errr.. RM200000 kot..)

HUHu.. sekian saja serba sedikit penerangan program realiti VERSUS.. gempakkan, ritu tgok sesi latihan diorang pown da gempak.. tgok konsert die lagi ar.. lagi2 suare black yang high pitch tuh.. i like that.. 

ok, itu sume untuk kali ini.. 

Layari laman web rasmi www.tv9.com.my/vs untuk info lanjut.



Tuesday, 10 April 2012

Ketika Hujan Dini Hari..

Hujan datang bersama rahmat Allah, jangan sesekali mencelanya…


….

Rahmat Allah datang tanpa kita jangka, bersyukurlah dengan setiap apa yang datangnya dari Allah Taala kerana itu adalah nikmat bagi kita semua. HUJAN merupakan nikmat Allah yang datang kadang di duga dan kadang tidak. Allah mencipta hujan bukan kerana untuk menyusahkan, malah memudahkan kita. Cuma kita sahaja yang salah menafsir. Janganlah sesekali mencela hujan seperti “aduh, lagi2 hujan, lagii2 hujan”. Perkataan yang selalu didengar dan mungkin diperkata. Sungguh, kata-kata seperti ini tidak ada manfaatnya sama sekali, dan tentu saja akan masuk dalam catatan amal yang jelek karena Allah berfirman: 


“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Qaaf : 18)




Bahkan kata-kata seperti ini boleh termasuk kesyirikan sebagaimana seseorang mencela makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa seperti masa (waktu). Hal ini dapat dilihat pada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Allah Ta’ala berfirman, ‘Manusia menyakiti Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Aku-lah yang mengatur malam dan siang menjadi silih berganti.’ “ (HR. Bukhari dan Muslim). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Janganlah kamu mencaci maki angin.” (HR. Tirmidzi, beliau mengatakan hasan shohih) 

Dari dalil di atas terlihat bahwa mencaci maki masa (waktu), angin dan makhluk lain yang tidak dapat berbuat apa-apa, termasuk juga hujan adalah terlarang. Larangan ini bisa termasuk syirik akbar (syirik yang mengeluarkan seseorang dari Islam) jika diyakini makhluk tersebut sebagai pelaku dari sesuatu yang jelek yang terjadi. Meyakini demikian berarti meyakini bahwa makhluk tersebut yang menjadikan baik dan buruk dan ini sama saja dengan menyatakan ada pencipta selain Allah. Namun, jika diyakini yang menakdirkan adalah Allah sedangkan makhluk-makhluk tersebut bukan pelaku dan hanya sebagai sebab saja, maka seperti ini hukumnya haram, tidak sampai derajat syirik. Dan apabila yang dimaksudkan cuma sekedar pemberitaan, -seperti mengatakan, ‘Hari ini hujan deras, sehingga kita tidak bisa berangkat ke masjid untuk shalat’-, tanpa ada tujuan mencela sama sekali maka seperti ini tidaklah mengapa. (Lihat Mutiara Faedah Kitab Tauhid, 227-231) 
…. 

Ketika hujan mulai turun kadang kadang kite payah mencari tempat berteduh atau sibuk berteriak teriak hujan …hujan …dan berlari keluar mengambil jemuran di depan rumah. Seringnya memang seperti itu kita selalu lupa untuk berdoa, semoga saja hujan yang turun tidak membawa bencana atau angin yang berhembus membawa kesejukan. Berikut saya kumpul beberapa doa, mudah mudahan kita semua dapat mengamalkannya: 


1. Doa ketika ada angin kencang 


“Allahumma innii As-aluka Khoiroaa Wakhoiro Maa Fiihaa Wakhoiro Maa Arsalta Bihi Wa-a ‘Uudzu Bika Min Syarrihaa Wasyarri Ma arsalta Bih. 

Ya Allah ssesungguhnya aku mohon kepadaMu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apasaja yang ada padanya dan kebaikan yang di bawanya, dan aku berlindung kepadaMu akan kejahatan dan kejahatan yang di bawanya. 


2. Di waktu hujan turun


Allahuma Shayiban Naafi’a 

Ya Allah semog a lebat dan bermanfaat. 


3. Setelah Hujan berhenti 


Muthirnaa Bifadhlillaahi Warohmatih. 

Kami di beri hujan ini karena Allah dan rahmatnya 


4. Mohon perlindungan dari hujan yang membawa bencana


Allahumma Hawaalainaa Walaa ‘Alainaa, Allahumma ‘Alal Aakami Wazh-zhiroobi Wabuthuunil Audiyati Wamanaabitisysyajar. 

Ya Allah curahkan hujan ini di sekeliling kami dan bukan di atas kami, Ya Allah curahkan di atas hutan hutan, di tengah tengah lembah dan tempat tempat tumbuhnya pohon. 


5. Doa ketika mendengar petir 


Subhaana Mayyusabbihur Ro’du Bihamdika Wal Malaa-ikatu Min Khiifatih. 

Maha suci Dzat yang petirpun bertasbih dengan puja pujiNya dan juga malaikat karena takut padaNya. 

Atau bias juga: 

Allahumma Laa Taqtulnaa Bighodhobika Walaa Tuhliknaa Bi’Adzaabika Wa-‘aafinaa Qobla Dzaalik. 

Ya Allah janganlah engkau membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah engkau memusnahkan kami karena siksaMu, dan ampunilah kami sebelum semua itu. 

Mudah mudahan bermanfaat, mohon maaf bila ada kesalahan dalam penulisannya. 

Wassalam. 

WELCOME again..

Assalamualaikum

Ape yg saya ingin ucapkan adalah "Ahlan Wasahlan" ke Blog.. ucapan yg dituju khas buat diri sndiri, sdah lame saya tdak mengupdate blog ini namun ini adelah permulaan ENTRY bg saye meneruskan dgn entry yg strusnya.. 

Wah3!! da 3bulan lbih saya xsntuh blog nie.. terasa macam baru mengenali blog, almaklumlah da lme tgal kan.. huhuhuhu, minta maaf banyak2 kepada siapa yang setia dgn blog ini.. oleh kerana sebelum ini, saya terasa berat untuk melayari ke blog, hanya dengan facebook semata2 maka inilah faktor kenapa blog sentiasa dalam keadaan yang sama tanpa ada pembaharuan.. 

Mungkin selepas nie anda semua akan temui dengan pelbagai artiikel2 yang mungkin lbih mnarik di hati.. InsyaAllah, dengan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal kepada Allah blog ini akan senantiasa di up-to-date.. 

Sayang anda semua blogie tercinta..