Hanya Dengan 1 Klik Sahaja!!!

UiTM Di Hatiku ^^,


Sunday 15 April 2012

Program Realiti Versus di TV9

Assalmualaikum sume :D

Dunia hiburan merupakan aspek terpenting bagi setiap individu di muka bumi. Terdapat pelbagai jenis hiburan yang boleh kita kenalpasti. samada hiburan itu datang melalui persekitaran anda, atau melalui saluran tv, radio, majalah dan sebagainya...


TV9 kali ini menerbitkan satu lagi program realti yang diberi nama VERSUS yang menampilkan 5 buah band yang ternama di dunia hiburan sejak dahulu dan kemudian berentap di atas pentas. Band yang berentap adalah Sofazr, Hujan, Black Parallex, Sixth Sense dan Go Gerilla. Program realiti ini akan disiarkan bermula 13 April selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

“Versus merupakan sebuah projek terbesar kami pada tahun ini. Keunikan konsep program realiti ini memperkuatkan lagi kepercayaan kami terhadap Versus. Kekuatan Versus terletak kepada kemampuan dan kebolehan setiap kumpulan untuk menonjolkan kreativiti mereka.

“Semestinya ramai yang teruja untuk mendengar lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu diberi nafas baharu. TV9 juga rasa teruja kerana program ini juga merupakan satu lagi kolaborasi terbesar kami bersama Hot FM,” tutur Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin ketika majlis pelancaran program tersebut di White Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.


Penekanan program ini pada aspek persembahan, komposisi lagu dan kreativiti mereka dalam menyampaikan lagu sedia ada dengan nafas baru. Kemudian aspek vokal dan penyusunan muzik menjadi perkara kedua. 

Menariknya, tiada sebarang penyingkiran akan dilakukan hingga ke akhir program dan pemenang akan dipilih berdasarkan markah tertinggi yang dikumpul sepanjang musim.

Ini kerana dari program ini adalah untuk memberi mereka platform untuk benar-benar mengeluarkan kreativiti mereka.“Setiap minggu, mereka akan diberikan tema yang berlainan dan mereka perlu gubah lagu tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

“Kemudian pada minggu yang sama, dua kumpulan yang mempunyai markah tertinggi akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah mingguan dan juara pula akan menerima hadiah utama bernilai RM200,000,” jelas penerbit eksekutif Versus, Alet Arzuan Anuar. (errr.. RM200000 kot..)

HUHu.. sekian saja serba sedikit penerangan program realiti VERSUS.. gempakkan, ritu tgok sesi latihan diorang pown da gempak.. tgok konsert die lagi ar.. lagi2 suare black yang high pitch tuh.. i like that.. 

ok, itu sume untuk kali ini.. 

Layari laman web rasmi www.tv9.com.my/vs untuk info lanjut.



No comments: