Hanya Dengan 1 Klik Sahaja!!!

UiTM Di Hatiku ^^,


Monday, 23 April 2012

Kenali Siapa Sebenar Orang Munafik

Bismillahi Rahmani Rahim
Assalamualaikum bloger yg dirahmati Allah.. :D

Kali nie, bgi bloger blog nie, saya akan sajikan kepada kalian mengenai Siapa sebenar orang Munafik.. mungkin anda sekarang tidak sabar bukan untuk membaca apekah isi kandungannya. kan. menarik lar sannngaat tajuk kali nie.. Hehe, kli nie saya akan menjelaskan kepada anda secara terperinci mengenai topik kali nie.. sdah byk informasi yg saya dpt.. tp, dgn ade nyer blog ini.. saya telah meringkaskan secara tepat dengan isi kandungan yang bleh anda faham dgn mdah serta bermanfaat.. insyaAllah..

Ape yang dikongsikan adalah benar dan ianya sahih, bleyh dguna pakai untuk generasi akan dtg..
Ahhaaa!! ape die? huhu, da mcm professor lak aq nie ble berkata2.. Haha melawak kejap eh.. semata2 nak amek mood dikala murung.. huhu.. ok..

Meh kte truskan meh..

Umat islam sejak kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. telah dibekalkan dengan AlQuran dan AlHadith.. kedua-dua elemen tersebut adalah bekalan trpenting bagi kte untuk menuju ke Syurga.. Semuanyer brgantung pada kite sendri yg mane kte akan plih.. utk turuti kedua2 elemen tersebut atau tdak.. Allah maha mengetahui di mana akan kita ditempatkan di Akhirat kelak.. sama ade Syurga dgn nikmat yang tdak putus2 atau Nerka dgn azab yg tdak putus2 jge.. terdapat 8nama Syurga dan Neraka. Bagi anda, di manakah tempat yang paling sesuai bagi org2 yg Munafik? anda tahu ape itu Munafik?. Meh saya fhmkan.. Munafik ini adalah mereka yang berpura2 beriman atau berlagak alim tapi hakikatnya mereka kafir serta ingkar akan perintah Allah serta Rasulnya.. dan perbuatan yg dilakukan dinamakan sbagai "nifak"..

Demikian adalh contoh org Munafik
 jika berbicara, mereka berdusta,
jika berjanji, mereka mungkiri,
jika diberi, kepercayaan dia khianati...

memang payahkan klu nak tinggalkan sume nie.. klu difikir2kan, betapa jahilnya diri ini.. knpe lar aq selalu lalai pabila berkata2.. insyaAllah bnde nie akan jdi pedoman bg dri aq serta bloger yg lain..

contoh Firman Allah dan Hadis Rasulullah S.A.W.


1. Dusta

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA."
Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

2. Khianat

sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

3. Fujur dalam pertikaian

sabda Rasulullah SAW:
"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"

4. Ingkar Janji

sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

5. Malas Beribadah

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..."
(An-Nisa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

6. Riya'

Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.

7. Sedikit Berzikir

Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali.
(An-Nisa': 142)

8. Mempercepat Solat

Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadith Nabi SAW:
"Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"

9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh

Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT

10. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin

Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.


11. Banyak bersumpah 
Firman Allah:
"Dan orang-orang munafik itu bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka dari golongan kamu,pada hal mereka bukan dari golongan kamu,tetapi mereka adalah kaum pengecut(tidak berani terus terang kekafiran mereka).Sekiranya mereka mendapat tempat perlindungan,atau gua-gua atau lubang-lubang dalam tanah,nescaya mereka akan melompat kedalamnya." At Taubah ayat 56-57 Mereka menjadikan sumpah mereka dengan nama Allah untuk melindungi kepura-puraan mereka.



Setiap umat Islam wajib berpegang kepada rukun Iman selain dari rukun Islam. Dari segi bahasa iman bermaksud "Tasdiq atau Kepercayaan" dan dari segi istilahnya pula Iman bermaksud "Membenarkan dalam hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota badan". Rukun iman ada 6 perkara iaitu:
1) Percaya kepada Allah s.w.t.
2) Percaya kepada Malaikat.
3) Percaya kepada Kitab-kitab.
4) Percaya kepada Rasul-rasul.
5) Percaya kepada hari Kiamat.
6) Percaya kepada Qada' dan Qadar.

Iman seperti mana yang digambarkan dalam al-Quran adalah suatu hakikat yang tidak terpisah dari realiti kehidupan manusia. Ia bukan semata-mata perasaan atau sesuatu yang tersembunyi dalam jiwa sahaja, tetapi ianya tidak terpisah dengan semua kegiatan hidup manusia, terjelma dalam setiap lapangan dan bidang kehidupan manusia. Jalanilah hidup anda semua dgn berbekalkan AlQuran dan AlHadith dan jangan sesekali berbekalkan hawa nafsu semata-mata..


p/s to Allah: ya Allah, sesungguhnya aku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

Thursday, 19 April 2012

Kisah seorang Muallaf Loo Jo Yee Binti Abdullah

Assalamualaikum 
Bismillahirrahmanirrahim

Di sini ada satu cerita menarik yang saya akan kongsikan bersama..

Dari seorang yang beragama kristian kini beliau sudah bergama Islam.. Mari kita ikuti jejak kisah beliau.. 

Beliau tidak mempunyai apa-apa nama islam, lagi pun waktu sekarang muallaf tidak memerlukan nama islam tapi dengan hanya berbintikan Abdullah serta tidak perlu untuk menukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. 

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. 

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya. 

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian. 

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam. 

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. 

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee. 

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. 

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah. 

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar! (jangan sedih dulu, masih banyak lagi yang anda kena baca.. )

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah. 

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Jikalau anda ingin mendengar perbualan atau suara Loo Jo Yee itu sendiri, mari saksikan ini pula.. videa ini menceritakan perkara yang sama seperti di atas.. :D


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenali Aku maka (beritahu kepada mereka); sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya menjadi baik serta betul. (Al Baqarah ayat 186)

kemudian, sesungguhnya Tuhanmu ( memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan - adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an Nahl ayat 110)

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. (Al Anfaal ayat 74)

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”(Surah Ali Imraan ayat 8 )
-
-
-
Bagaimana korang? umur bru 17tahun.. dah berkejar2 untuk mendalami islam.. da kenal Tuhan dia yang sebenar.kan.. walaupun loo jo yee nie perempuan kan, lemah.. tpi semangat die nak mndekati Allah sangatlah kuat.. tgok bdan kecik molek.. tpi tu lah kan.. Kuasa Allah.. 

"Allah maha pengampun". Adakah dengan mendengar ungkapan ini anda akan rasa selesa? renungkanlah yerk..

p/s: hehe nie kan awak.. dari dulu ade hajat nak share kan nie.. tp, asyik duk tangguh2.. erk.. nie bru nk share.. hehe, yg lain tuh.. terima kasih kerana baca :D

Sunday, 15 April 2012