Hanya Dengan 1 Klik Sahaja!!!

UiTM Di Hatiku ^^,


Thursday 19 April 2012

Kisah seorang Muallaf Loo Jo Yee Binti Abdullah

Assalamualaikum 
Bismillahirrahmanirrahim

Di sini ada satu cerita menarik yang saya akan kongsikan bersama..

Dari seorang yang beragama kristian kini beliau sudah bergama Islam.. Mari kita ikuti jejak kisah beliau.. 

Beliau tidak mempunyai apa-apa nama islam, lagi pun waktu sekarang muallaf tidak memerlukan nama islam tapi dengan hanya berbintikan Abdullah serta tidak perlu untuk menukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. 

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. 

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya. 

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian. 

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam. 

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. 

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee. 

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. 

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah. 

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar! (jangan sedih dulu, masih banyak lagi yang anda kena baca.. )

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah. 

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Jikalau anda ingin mendengar perbualan atau suara Loo Jo Yee itu sendiri, mari saksikan ini pula.. videa ini menceritakan perkara yang sama seperti di atas.. :D


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenali Aku maka (beritahu kepada mereka); sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya menjadi baik serta betul. (Al Baqarah ayat 186)

kemudian, sesungguhnya Tuhanmu ( memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan - adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an Nahl ayat 110)

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. (Al Anfaal ayat 74)

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”(Surah Ali Imraan ayat 8 )
-
-
-
Bagaimana korang? umur bru 17tahun.. dah berkejar2 untuk mendalami islam.. da kenal Tuhan dia yang sebenar.kan.. walaupun loo jo yee nie perempuan kan, lemah.. tpi semangat die nak mndekati Allah sangatlah kuat.. tgok bdan kecik molek.. tpi tu lah kan.. Kuasa Allah.. 

"Allah maha pengampun". Adakah dengan mendengar ungkapan ini anda akan rasa selesa? renungkanlah yerk..

p/s: hehe nie kan awak.. dari dulu ade hajat nak share kan nie.. tp, asyik duk tangguh2.. erk.. nie bru nk share.. hehe, yg lain tuh.. terima kasih kerana baca :D

5 comments:

Noor Adibah said...

hehehe. tq sayang :)
share pun die akhirnya.. aritu kita dah jumpe loo jo yee ni tau. dia dtg dengan sifu.. die pegi uitm segamat kita . kita ingat lagi kita pegi dengan Waeda, simaa dan hanan. sambil tu kiteorang makan waffle! hehe. sedaaappppp...

p/s: alhamdullillah loo jo yee, diberi nur Allah.. moga dia dikuatkan Allah .. moga jugak Allah di sisi dia.. kita sebagai islam kene bagi sokongan penuh kat dia.. kan wak ?? :)

ank mak siti said...

tq? utk ape?.. hehe, dpt jgk die jmpe an.. famous da die.. sebut ja nme loo jo yee org da tahu dah.. huh, siap ade waffle yerk.. mmg sdp.. lgi cokalt ngn peanut my favrt.. haha..

insyaAllah die mnjdi seorg yg brguna utk dirinye serta org laen.. btul2.. daade sdare bru an.. msti lar syang.. :D

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Noor Adibah said...

awak, takde ape. saje je nak ckp tenkiu tak bolehhh ehh...
yer .. tau dahh fav waffle dia tuh haa.. bila lah kita nak makan sesama lagikan?

Anonymous said...

alhamdulillah. bertambah lagi saudara baru kita :)

sesungguhnya petunjuk dan hidayah Allah sangat tinggi nilainya :)